Awal tahun ini ketika acara Indie World oleh Nintendo, SWERY ataupun Hidetaka Suehiro mengumumkan satu permainan baharu iaitu The Good Life. Kini, SWERY atau studio White Owls mengumumkan yang mana permainan tersebut akan diterbitkan oleh The Irregular Corporation dan ia akan tiba sekitar suku ketiga tahun hadapan.

https://www.youtube.com/watch?v=nrjGdHHXki4&feature=emb_title

The Good Life merupakan permainan pengembaraan yang mana pemain berupaya untuk menukarkan diri kepada kucing ataupun anjing untuk menyelesaikan misteri pembunuhan. Berdasarkan video acah baharu di atas, bentuk permainannya akhirnya diperlihatkan secara rasmi di mana pemain kelihatan akan mengembara di perkampungan kecil disamping berjumpa dengan pelbagai jenis watak.

The Good Life dirancang untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Sohor Kini