Lanjutan daripada kejohanan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2020 hujung minggu lepas, kejohanan tersebut tamat dengan kejayaan bagi pasukan MSU Kuda Esports di mana mereka meraih juara dengan markah sebanyak 82 walaupun tidak memperoleh sebarang “makan malam ayam” sepanjang 3 hari pertarungan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kejohanan tersebut memfokuskan permainan PUBG Mobile antara pelajar-pelajar kolej dan universiti daripada pelbagai negeri dari seluruh rantau Malaysia. Dengan kejayaan MSU Kuda Esports, mereka membawa pulang wang hadiah sebanyak RM20,000 dan juga memperoleh tempat untuk kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2021.

Manakala pasukan kedua pula TFES MIAT dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology dan ketiga pula TRIDON dari University Universiti Teknologi MARA Kampus Pasir Gudang, Johor. Pasukan-pasukan tersebut pula membawa pulang wang hadiah RM10,000 untuk tempat kedua dan RM6,000 untuk tempat ketiga di mana pemain Juno dari Fizrix dari Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu pula meraih takhta Campus Solo King selepas menjadi pemain terakhir yang masih bernyawa ketika sesi perlawanan Solo King pada hari kedua kejohanan tersebut.

Menurut Chow Tuck Mun, ketua Yoodo, mereka menyatakan kejohanan PMCC tahun ini semestinya mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemain dan peminat di mana mereka telah membuka dan mempamerkan pelbagai bakat baharu bukan sahaja buat pemain malah pengulas seperti Emi dan Soultann.

Oliver Ye, iaitu pengarah PUBG Mobile bagi bahagian Asia Tenggara juga menyatakan yang mana kerjasama bersama Yoodo untuk kejohanan PUBG Mobile di Malaysia juga merupakan satu pengiktirafan untuk pelajar dan pemain dan sokongan yang baik di kalangan peminat semestinya dihargai oleh mereka.

Kejohanan ini telah pun mengumpul sebanyak 3,200 pemain dari 5 rantau Malaysia utama dan bagi anda yang ingin menonton sesi kejohanan tersebut, anda boleh menontonnya di bawah ataupun melalui saluran rasmi Yoodo.

Sohor Kini