Bethesda hari ini mengumumkan yang Doom Eternal akan dikeluarkan untuk Switch pada 8 Disember ini. Seperti yang dilaporkan, buat masa ini ia akan dilancarkan secara digital sahaja melalui eShop ataupun kedai yang menjual kod.
Versi Switch ini akan menyokong mod kawalan menggunakan gyroscopic, ia boleh ditutup atau dibuka. Mod multi-pemain Battlemode juga disokong tetapi perlu mempunyai langganan Nintendo Switch Online yang aktif.
Doom Eternal sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 20 Mac lepas. Anda boleh baca dan tonton ulasan kami melalui pautan ini.