Nintendo telah melancarkan kemaskini sistem operasi 11.0.0 untuk konsol Switch di mana ia menyertakan pelbagai penambahan yang akan memudahkan pemilik untuk memindahkan tangkapan skrin dan juga fail simpanan.
Antara penambahan yang disertakan adalah, pemain kini boleh memindahkan tangkapan skrin ataupun video terus ke peranti pintar dengan mengimbas kod QR. Selain itu Switch juga boleh disambung terus ke PC menggunakan USB.
Bagi pelanggan Nintendo Switch Online pula, ia akan diletakkan di HOME untuk memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat terbaru dan juga informasi mengenai langganan. Fail simpanan yang dimuat naik ke awan juga akan dimuat turun di konsol lain yang menggunakan akaun yang sama secara automatik, tetapi mesti dimuat turun secara manual untuk pertama kali.
Ia juga menyertakan 12 ikon baharu untuk digunakan. Kemaskini ini sudah boleh dimuat turun jika ia tidak berlaku secara automatik.