Universal Studios Japan dan Nintendo telah mengumumkan yang taman tema Super Nintendo World akan dibuka secara rasmi untuk umum pada 4 Februari 2021, selepas tertunda akibat pandemik covid-19. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.
Mereka juga berkongsi beberapa gambar yang memperlihatkan kawasan untuk Mariokart Bowser’s Challenge iaitu salah satu interactive ride yang akan disertakan di dalam taman tema ini. Melaluinya ia akan menyertakan pelbagai teknologi sepert AR untuk memberi perasaan yang mendalam semasa pelawat “memandu” Mario Kart.
Universal Studios Japan bertempat di Osaka, Jepun. Selepas ditutup akibat pandemik Covid-19, ia baru sahaja dibuka semula dengan SOP yang ketat sejak Jun lepas.