Deadline telah melaporkan yang penggambaran untuk siri The Flash iaitu bagi musim ke-7 yang berlaku di Vancouver, Kanada telah dihentikan buat sementara waktu selepas salah seorang ahli produksi didapati positif covid-19 tetapi tidak bergejala.

Bagi memastikan yang ia tidak melibatkan lebih ramai orang, penggambaran dihentikan dan kontak rapat sedang dilakukan. Mereka buat masa ini sedang melakukan pengubahsuaian untuk jadual penggambaran agar dapat memulakan bahagian yang tidak akan melibatkan ahli produksi yang positif tersebut.

The Flash musim ke-7 dijadualkan tiba pada 23 Januari 2021, walaupun penggambaran tertunda, ia mungkin tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan jadual siaran.

Sohor Kini