Skip to main content

Bandai Namco telah mengumumkan yang watak DLC seterusnya untuk Soul Calibur VI adalah Hwang yang dikatakan watak sering diminta oleh pemain. Beliau akan menjadi watak terakhir untuk musim kedua menyertai Hilde, Haohmaru dan Setsuka yang sudah tiba sebelum ini.

Hwang akan tiba pada 2 Disember bersama dengan kemaskini baharu yang turut menyertakan kandungan tambahan secara percuma seperti peringkat iaitu Motein Pass Ruins, kostum dan juga episod baharu untuk Mitsurugi dan Nightmare.

Soul Calibur VI sudah dikeluarkan sejak tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply