Nintendo baru-baru ini telah membuat sebuah pengumuman besar mengenai salah satu permainan popular mereka, iaitu Super Mario Maker.

Versi digital permainan video tersebut akan diberhentikan penjualannya pada 13 Januari kelak, dan pada ketika ini, versi fizikal permainan tersebut telahpun diberhentikan penjualannya.

Dalam pada itu, Nintendo turut mengatakan bahawa walaupun permainan tersebut boleh dimainkan tanpa masalah, ciri muat-naik tahap permainan juga akan ditutup kelak menjelang 21 Mac tahun hadapan.

Salah satu ciri unik permainan Super Mario Maker ini ialah ia permainan pertama yang membenarkan pemain-pemain membangunkan tahap-tahap permainan mereka sendiri didalam permainan, dimana ia kemudiannya boleh dimuat-naikkan ke mesin pelayan Nintendo untuk dimainkan oleh orang lain.

Selain daripada itu, ciri tambahan seperti laman web Super Mario Maker Bookmark akan dimatikan pada hari yang sama. Tidak lama lagi, pemain-pemain Super Mario Maker nampaknya perlu berpindah kepada Super Mario Maker 2 untuk membangunkan tahap-tahap permainan Super Mario Maker yang baru.

Sohor Kini