PS Plus Collection merupakan perkhidmatan baharu yang diperkenalkan oleh Sony untuk menjadi nilai tambah kepada pelanggan PS Plus yang memiliki PlayStation 5. Walaupun ia hanya boleh didapati melalui PS5, akan tetapi pengguna yang sudah menebus permainan tersebut, boleh juga bermain-nya di PS4.

Kekeliruan ini yang membuatkan beberapa pemilik PS5 “meminjamkan” konsol mereka agar pengguna lain dapat menebus permainan-permainan PS Plus Collection di akaun mereka, tanpa memerlukan pemilikan konsol generasi baharu tersebut.

Bahkan, ada yang membayar dan memberi maklumat akaun PSN mereka kepada pemilik PS5 untuk menebus koleksi permainan tersebut. Berdasarkan beberapa laporan, ada akaun yang terlibat sudah disekat oleh Sony, pemilik PS5 diharamkan selamanya manakala akaun lain dikatakan selama 2 bulan.

Menawarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai, dan juga memberi maklumat akaun anda kepada orang yang tidak dikenali adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab dan Sony berhak untuk mengambil tindakan.

Namun, ini juga memperlihatkan mengapa permainan PS Plus Collection hanya boleh ditebus oleh pemilik PS5, sedangkan ia juga boleh dimainkan di PS4 adalah perkara yang mengelirukan, sedangkan pengguna PS4 juga membayar harga langganan yang sama dengan pemilik PS5.

Sumber: GamerBraves

Sohor Kini