Skip to main content

THR dan Deadline telah melaporkan yang Legendary Pictures tidak akan membawa filem Godzilla vs Kong ke pawagam dan sebaliknya menawarkan filem tersebut untuk platform penstriman.

Netflix telah membuat tawaran sebanyak $200 juta (~RM814 juta) tetapi WarnerMedia menyekat tawaran tersebut dan cuba mendapatkannya untuk platform mereka iaitu HBO Max. Warner Bros mempunyai 25% pemilikan bagi filem ini.

Selain HBO Max, Warner juga bercadang untuk terus menayangkan filem tersebut di pawagam, seperti mana yang mereka lakukan untuk filem Wonder Woman 1984.

Penggambaran untuk Godzilla vs Kong sudah selesai pada awal tahun lepas, tetapi dengan pandemik Covid-19, tarikh tayangan untuknya masih tidak disahkan walaupun sepatutnya tiba pada tahun ini.

Leave a Reply