Setiap tahun, PlayStation mengadakan acara anugerah khas PlayStation Awards yang mana bagi tahun 2020 ini ia akan kembali dengan pelbagai anugerah yang akan diberikan kepada permainan yang menerima jualan yang tinggi. Menariknya untuk tahun ini, ia dijenamakan semula sebagai PlayStation Partner Awards 2020 Japan Asia.

Acara tersebut akan ditayangkan secara langsung ke saluran rasmi Youtube PlayStation Japan pada 3 Disember ini jam 6 petang waktu tempatan. Menurut PlayStation, acara tersebut juga akan menyertakan sari kata bahasa Inggeris.

Menurut PlayStation, acara tersebut juga akan menyertakan beberapa anugerah baharu bersempena dengan penjenamaan semua ini iaitu anugerah rakan kongsi yang memfokuskan judul permainan yang dibangunkan di Asia dan menerima jualan yang tinggi antara bulan Oktober 2019 sehingga September 2020.

Selain itu, anugerah terbesar untuk permainan jualan tertinggi dan anugerah khas lain juga turut diadakan berdasarkan jumlah jualan bermula Oktober 2019 sehingga September 2020.

Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini keputusan setiap anugerah tersebut setelah ianya ditayangkan minggu hadapan.

Sohor Kini