Piranha Games hari ini mengumumkan yang mereka telah menunda pelancaran DLC untuk MechWarrior 5: Mercenaries iaitu Heroes of the Inner Sphere ke suku kedua tahun depan berbanding 10 Disember ini. Mereka mengatakan keputusan tersebut dibuat selepas Cyberpunk 2077 ditunda ke tarikh yang sama.
Tambah mereka, jualan serta pemasaran hari pertama sangat penting untuk memastikan sesuatu produk dilancarkan dengan baik. Dikeluarkan bersama dengan Cyberpunk 2077 bagi mereka adalah keadaan yang tidak optimum.
Mengambil peluang daripada penambahan masa ini, mereka juga menyasarkan untuk mengeluarkan DLC tersebut bersama dengan pelancaran MechWarrior 5 di Steam, GoG, Xbox One dan Xbox Series. Dengan pengeluaran di lebih banyak platform serentak, ia akan memberikan permainan mereka lebih banyak perhatian.
MechWarrior 5: Mercenaries sudah dikeluarkan sejak tahun lepas untuk PC melalui Epic Games Store.