Epic Games Store menawarkan satu permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka iaitu MudRunner yang boleh ditebus bermula semalam sehingga 4 Disember 2020. MudRunner adalah permainan simulasi pemanduan yang memerlukan pemain untuk membawa pelbagai kenderaan berat di kawasan berlumpur.
Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi bersempena Black Friday yang telah pun berlangsung dan akan berakhir pada 3 Disember. Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;
- Tony Hawks Pro Skater 1+2 – $28.29
- GhostRunner – $19.19
- Control Ultimate Edition – $8.49
- The Outer Worlds – $22.49
- Death Stranding – $28.49
- Watch Dogs Legion – $42.74
- Borderlands 3 – $14.84
- Anno 1800 – $18.80
Tawaran paling menarik sudah semestinya Control: Ultimate Edition yang merupakan antara permainan terbaik bagi tahun lepas. Malangnya, oleh kerana saya sudah memiliki permainan asas, saya tidak dapat untuk membelinya, akan tetapi anda mungkin boleh menghubungi Epic Games Store.
Anda boleh layari pautan ini untuk mendapatkan senarai penuh bagi permainan-permainan yang ditawarkan dengan lebih murah. Steam bermula kelmarin juga telah menganjurkan jualan promosi bersempena dengan musim luruh.