Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, untuk pasaran Malaysia, filem Monster Hunter akan ditayangkan pada bulan Januari 2021 ini di mana ia adalah filem berdasarkan siri permainan terkenal oleh Capcom iaitu Monster Hunter dan ia diarah oleh Paul W. S. Anderson, iaitu pengarah buat siri filem aksi-nyata Resident Evil.

Bersempena dengan tayangannya yang semakin hampir, dengan kerjasama Capcom, Paul W.S. Anderson akan mengadakan penstriman langsung khas di mana beliau akan menjawab soalan peminat dan pada masa yang sama pengarah kreatif siri Monster Hunter iaitu Ryozo Tsujimoto turut akan berada di acara tersebut.

Bagi anda yang berminat, acara tersebut akan distrim secara langsung pada 3 Disember 2020 ini pada jam 9 pagi waktu tempatan di saluran Twitch rasmi CapcomUSA.

Untuk anda yang ingin bertanya berkenaan kenapa wujudnya filem ini dan pelbagai soalan lain? Pastikan anda menonton acara tersebut menjelang minggu hadapan.

Leave a Reply