Skip to main content

Bagi anda yang menyukai pasukan artis pop K/DA oleh Riot Games dan memiliki permainan Just Dance 2021, hari ini Ubisoft umum kerjasama bersama Riot Games untuk menyertakan Ahri, Kai’Sa, Evelynn dan Akali di dalam permainan Just Dance 2021 melalui muzik DRUM GO DUM.

Menurut Ubisoft, lagu ini akan tiba secara percuma buat semua pemilik permainan ini dalam tempoh masa tiga bulan iaitu sehinggaa 25 Februari 2021 ini dan kemudian ia boleh diakses buat pelanggan Just Dance Unlimited.

Just Dance 2021 telah pun dilancarkan awal bulan ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Switch. Sebelum ini, Ubisoft juga mengumumkan langganan khas Just Dance Unlimited yang menyertakan kesemua muzik-muzik daripada permainan Just Dance sebelum ini.

Leave a Reply