Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan percuma baharu buat permainan The Crew 2 iaitu The Chase di mana ia akan menyertakan pelbagai mod permainan baharu dan juga kenderaan baharu untuk pemain berlumba.

Seperti yang sering dilakukan oleh Ubisoft sebelum ini, kandungan tahun ketiga permainan ini juga akan menyertakan bentuk kandungan bermusim termasuklah langganan Motorpass yang akan turut menyertakan pelbagai kandungan buat pemain.

Melalui acara ini, pemain akan berlumba bersama dengan satu syarikat baharu, Motorflix di mana mereka adalah syarikat rancangan TV dan ingin membuat penggambaran filem aksi berlumba. Pemain kemudian akan berlumba mengikut tema yang diupah dengan pelbagai jenis kenderaan termasuklah kenderaan polis dengan satu tugasan, iaitu menghentikan penjenayah.

Antara kandungan terbesar melalui kemaskini adalah mod baharu “The Chase” di mana pemain perlu berlumba dengan kenderaan polis di mana ia akan menyertakan lima acara khas dan diikuti dengan acara baharu setiap dua minggu.

Selain itu, seperti biasa kandungan ini jgua akan menyertakan beberapa kenderaan baharu seperti Chevrolet Corvette C8 Stingray, BMW M8 Competition Coupe dan kenderaan polis khas Lamborghini Veneno Coupé Interception Unit dan Dodge Challenger SRT Demon Interception Unit.

Sistem langganan Motorpass yang diumumkan sebelum ini juga menyertakan 50 ganjaran khas buat pemain di mana salah satunya akan menyertakan kenderaan polis Bugatti Chiron yang mana pasti akan membuat peminat kereta terliur.

Pada masa yang sama, untuk tingkatkan lagi jenis kenderaan yang dilancarkan melalui permainan ini, Motrnation juga mengumumkan kerjasama bersama pelukis dan pereka 3D iaitu Khyzyl Saleem, di mana beliau menghasilkan kenderaan ketua musuh untuk kandungan ini iaitu K.S. Masked Leader 2020.

The Crew 2 merupakan permainan perlumbaan oleh Ubisoft yang mana ia memfokuskan perlumbaan bukan sahaja kenderaan darat, malah kenderaan air seperti bot dan juga udara iaitu kapal terbang. Ia telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Menariknya, permainan ini juga disahkan boleh dimainkan di konsol Xbox Series dan PlayStation 5.

Sohor Kini