PUBG Corp dan Tencent minggu ini mengumumkan perancangan mereka untuk permainan mudah-alih (Permua) PUBG Mobile untuk esukan bagi tahun 2021.

Melaluinya, mereka berkongsi beberapa liga kejohanan baharu akan diadakan di rantau lain seperti untuk negara komanwel, Turki, Eropah barat, Arab, Amerika Utara, Amerika Latin dan Brazil. Menurut mereka, liga kejohanan di rantau tersebut akan bergerak bersama liga kejohanan bagi peringkat Asia Tenggara dan Asia selatan yang sudah pun diadakan sebelum ini.

Pada masa yang sama, James Wang iaitu pengarah PUBG Mobile untuk Esukan juga menyatakan yang mana tahun 2021 akan dikembangkan lagi dengan pelbagai musim kejohanan yang akan diadakan sepanjang tahun hadapan, termasuklah kejohanan PUBG Mobile jemputan khas.

Pemain yang layak untuk bertarung dan bertempur di peringkat rantau pula akan berpeluang untuk ke peringkat global yang akan diadakan sekitar penghujung tahun hadapan melalui PUBG Mobile Global Championship.

Dari segi hadiah wang terkumpul, mereka mengumumkan akan menyertakan wang hadiah terkumpul sehingga $14 Juta iaitu sekitar RM56 juta, sekaligus peningkatan yang sangat tinggi berbanding tahun ini.

James Wang juga menyatakan pada tahun 2020, permua PUBG Mobile telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan sejumlah 100M Juta jam kejohanan permua tersebut ditonton, dua kali ganda daripada tahun lepas. Dengan kejohanan PUBG Mobile World League yang menerima lebih dari 1 juta penonton serentak, PUBG Corp semestinya berminat unutk mengembagnkan lagi permainan tersebut ke pasaran yang lebih meluas dengan membuka satu lagi studio baharu dengan kerjasama ESL di Katowice di Poland.

Pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan pendaftaran kejohanan musim pertama untuk tahun 2021 akan mula dibuka pada 1 Januari 2021 ini.

Jadi bagi anda yang ingin menjadi juara seterusnya untuk kejohanan PUBG Mobile dan dapatkan makan malam ayam anda, anda boleh ke laman rasmi PUBG Mobile Esport untuk sebarang informasi lanjut.

Sohor Kini