Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kejohanan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) bagi tahun 2020 akhirnya akan tamat dengan pusingan akhir yang akan berlangsung pada 27 sehingga 29 November 2020 ini di mana terdapat 20 pasukan yang akan bertempur untuk berebut juara wang hadiah terkumpul sebanyak RM60,000.

Kejohanan ini telah pun mengumpul sebanyak 3,200 pemain dari 5 rantau Malaysia utama dan pusingan kelayakan telah berlangsung sepanjang bulan Oktober lepas dengan 20 pasukan terbaik akan ke pusingan akhir hujung minggu ini.

Berikut adalah senarai 20 pasukan yang akan bertempur pada hujung minggu ini mengikut rantau:

  • Rantau Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan)
    • Kijang Rusuh dari Universiti Teknologi MARA Kampus Jasin, Melaka
    • Off-White dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor
    • TRIDON dari University Universiti Teknologi MARA Kampus Pasir Gudang, Johor
  • Rantau Borneo (Sabah & Sarawak)
    • Team Fizrix dari Universiti Teknologi MARA Kampus Kota Kinabalu
    • OOG Xpert dari Politeknik Kuching, Sarawak
    • Kui Bulan dari Kolej Vokasional Keningau Sabah
    • High Table dari Kolej Komuniti Tawau
    • EMP Squad dari Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
  • Rantau Pusat
    • MSU Kuda Esports dari Management and Science University, Selangor
    • UNITEN GRINGOS dari Universiti Tenaga Nasional, Selangor
    • Nasty Pipol dari Universiti Teknologi MARA Puncak Alam, Selangor
    • ACIK ESPORTS dari Politeknik Banting, Selangor
    • TFES MIAT dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian INstitute of Aviation Technology
    • TheFarang KVK dari Kolej Vokasional Kajang, Selangor
  • Rantau Timur  
    • Axis UMP dari Universiti Malaysia Pahang
    • ELB GANK dari Universiti Teknologi MARA Raub, Pahang
    • Dingoz Mad-X dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
  • Rantau Utara
    • KKBDA Esports dari Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah
    • JMTI X dari Institut Teknikal Jepun Malaysia, Pulau Pinang
    • HYPE SEAL X dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah

Pada masa yang sama, Yoodo juga mengumumkan yang mana pada hari kedua dan ketiga, mereka akan mengadakan beberapa acara khas yang akan menyertakan beberapa pempengaruh terkenal seperti Elizabeth Tan, MasterRamen, JHunter dan sebagainya termasuklah pemain PUBG Mobile dari pasukan Yoodo Gank dan Geek Fam.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut, pendaftarannya kini dibuka dan segala informasi lanjut berkenaannya boleh di baca melalui pautan di bawah.

Layari: Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2020

Sohor Kini