Skip to main content

Ogos lepas, Bandai Namco berkongsi satu permainan baharu untuk siri Taiko No Tatsujin di mana kali ini mereka membawa elemen RPG buat siri tersebut melalui permainan Taiko No Tatsujin: Rhythmic Adventure Pack dan kini ia dilancarkan secara rasmi di konsol Switch.

Seperti biasa, permainan ini juga akan menyokong alat kawalan Drum Taiko yang dilancarkan sebelum ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini merupakan pek dua permainan berdasarkan siri Taiko No Tatsujin RPG yang asalnya dilancarkan di konsol Nintendo 3DS. Melalui permainan ini, ia menyertakan elemen siri asal Taiko No Tatsujin bersama kandungan penceritaan dan pengembaraan pemain untuk menyelamatkan dunia.

Melalui versi ini, Bandai Namco menyatakan yang mana ia akan menyertakan 130 lagu dan 6 daripada adalah lagu baharu seperti lagu Gurenge, iaitu muzik pembukaan siri anime Demon Slayer.

Menurut Bandai Namco, mereka juga turut melancarkan permainan ini secara digital melalui Nintendo eShop dengan harga $49.99(~RM204) di mana ia akan mula dijual pada 3 Disember ini. Namun bagi versi fizikal ia boleh dibeli berula hari ini melalui pengedar rasmi permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini bermula hari ini.

Leave a Reply