Milestone dan jenama minuman tenaga Monster Energy minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan perlumba Motorcross iaitu Monster Energy Supercross: The Official Videogame 4 ke konsol dan PC menjelang tahun hadapan.

Menurut pembangun, permainan ini akan tiba pada 11 Mac 2021 ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Seperti anda sedia maklum, permainan Monster Energy Supercross: The Official Videogame 4 merupakan permainan perlumbaan motosikal dan kali ini melalui permainan baharu ini, Milestone menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti mod karier baharu dan juga fungsi untuk menghasilkan litar sendiri.

Selain itu, seperti biasa pemain juga boleh menghasilkan pelbagai jenis tetapan untuk pelumba dan motosikal pemain dan mod multi-pemain yang akan menyertakan pelayan khas untuk memastikan kelancaran permainan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang tahun hadapan.

Sohor Kini