Skip to main content

Bloomberg telah melaporkan yang Nintendo menggunakan perkhidmatan kilang Sharp di Malaysia untuk memasang konsol Switch bagi memenuhi permintaan yang terus meningkat selepas populariti Animal Crossing dan juga pandemik Covid-19.

Sebelum ini, konsol Switch dipasang secara utamanya di China dan juga sebahagian kecil di Vietnam. Buat masa ini, jumlah konsol yang dipasang di Malaysia masih terhad kerana ia tidak beroperasi secara penuh, dan pengeluaran pertama dijangka akan tiba tidak lama lagi.

Nintendo Switch telah terjual sebanyak 68.3 juta unit setakat September, dan dijangka akan menerima permintaan tinggi pada akhir tahun ini di mana Nintendo ingin memastikan pengeluaran sebanyak mungkin untuk memenuhi permintaan tersebut.

Leave a Reply