Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Disember untuk pemain di Malaysia.

Mereja menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 1 Disember sehingga 4 Januari;

  • Worms Rumble
  • Rocket Arena
  • Just Cause 4

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan November anda boleh memuat-turunnya sehingga 30 November ini.

Sohor Kini