Steam bermula semalam telah menganjurkan jualan promosi musim luruh yang akan berlangsung sehingga 1 Disember. Selain itu, mereka juga membuka peluang untuk anda mencalonkan permainan bagi The Steam Awards 2020.
Seperti biasa, jualan promosi ini menyertakan potongan harga sehingga 90% untuk pelbagai jenis permainan. Di bawah kami senaraikan beberapa permainan yang menarik;
Sudah semestinya, terdapat pelbagai lagi permainan menarik yang anda boleh dapati dengan harga lebih murah. Untuk permainan-permainan lain, anda boleh layari pautan ini.
Steam juga kini membuka ruangan untuk anda mencalonkan mana-mana permainan kegemaran anda bagi The Steam Awards 2020. Ia mempunyai 10 kategori antaranya Permainan Terbaik, Permainan VR Terbaik, Permainan Berterusan Terbaik, dan Permainan Multi-Pemain Terbaik. Anda boleh calonkan mana-mana permainan melalui laman khusus ini, ataupun pergi ke mana-mana laman permainan kegemaran anda di Steam.