Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan yang kemaskini tampalan 2.20 untuk Watch Dogs Legion akan tiba pada minggu ini. Antara yang disertakan adalah memperbaiki masalah fail simpanan di semua platform dan menyertakan fungsi menyimpan secara manual untuk PC.

Selain itu, ia juga akan menyelesaikan pelbagai pepijat yang mengakibatkan permainan tertutup, terutamanya di PC di mana platform tersebut menerima pelbagai penambah-baikkan. Anda boleh baca senarai penuh untuk kemaskini ini di pautan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang mod dalam talian untuk Watch Dogs: Legion telah ditunda ke awal tahun 2021 berbanding akhir tahun ini. Ia adalah untuk memberi mereka lebih masa memperbaiki pelbagai masalah terutama prestasi untuk mod solo.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply