Skip to main content

Studio MDHR telah mengumumkan yang DLC untuk Cuphead iaitu The Delicious Last Course telah ditunda ke tahun depan. Menurut mereka, ia adalah kerana pelbagai cabaran pembangunan semasa pandemik Covid-19. Mereka juga ingin memastikan yang ia adalah versi terbaik bagi DLC tersebut.

Mereka sebelum ini mengumumkan The Delicious Last Course semasa E3 2018 dan dijangka akan tiba pada tahun 2019, sebelum ditunda ke tahun ini. Kini, tampaknya kita terpaksa menunggu ke tahun hadapan. Buat masa ini masih tiada tarikh tetap.

DLC ini akan meneruskan penceritaan daripada permainan asal, dan ia akan menjadi penutup untuk kisah yang bermula di The Devil’s Casino. Cuphead sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply