Warner Bros. Interactive Entertainment dan NetherRealm Studios hari ini mengumumkan satu DLC khas buat peminat filem Mortal Kombat yang dilancarkan pada tahun 1995 lepas iaitu pek kostum “Klassic MK Movie Skin Pack” buat permainan Mortal Kombat 11.
Dengan harga RM25 di PlayStation Store dan RM20 di Steam, pemain boleh dapatkan kostum Earthrealm Raiden yang dilakonkan oleh Christopher Lambert, Linden Ashby untuk watak Hollywood Kombatant Johnny Cage dan Bridgette Wilson-Sampras untuk Island Bound Sonya Blade.
Menariknya, selain dari rupa watak tersebut yang berdasarkan filem Mortal Kombat, suara asal pelakon tersebut juga akan disertakan secara bersama melalui DLC ini.
Mortal Kombat 11 sudah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, Switch dan juga PC.