Warframe Versi PlayStation 5 Akan Dilancarkan Minggu Ini

Awal bulan ini, Digital Extremes mengumumkan yang mana permainan percuma Warframe akan dilancarkan di PlayStation 5 dengan pelbagai penaik-tarafan visual dan prestasi permainan.

Terkini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan secara rasmi di mana ia akan tiba minggu ini, iaitu 26 November 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, selain peningkatan visual, Digital Extremes juga mengesahkan sokongan alat kawalan DualSense melalui fungsi picu penyesuai juga akan tiba buat permainan Warframe yang akan membawa pengalaman permainan baharu.

Selain itu, bagi anda yang masih belum menebus Booster Pack V untuk pelanggan PlayStation Plus, anda masih lagi boleh menebusnya secara percuma melalui PlayStation Store di mana ia meneyrtakan beberapa kandungan tambahan percuma seperti Obsidian Sedai Syandana bertemakan PlayStation 5 dan pelbagai penaik-taraf statistik dan kredit tambahan buat pemain.

Bersempena ulang tahun ke-7 buat permainan tersebut, Digital Extreme juga mengumumkan acara khas akan turut berlangsung pada 3 Disember ini yang menyertakan pelbagai ganjaran buat pemain.

Warframe adalah permainan percuma yang dibangunkan oleh Digital Extremes di mana ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Bagi anda berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut untuk memuat-turunnya.

Sohor Kini