Skip to main content

Electronic Arts dan Motive Studios minggu ini mengumumkan dua kemaskini percuma akan tiba buat permainan Star Wars Squadrons bermula hari ini dan bulan Disember ini di mana ia akan menyertakan kandungan baharu seperti lokasi baharu dan juga membaiki keseimbangan permainan ini.

Kemaskini pertama yang diumumkan akan dilancarkan lewat malam ini melalui kemaskini 3.0 di mana mereka akan membaiki beberapa keseimbangan permainan termasuklah lokasi baharu.

Lokasi baharu yang diumumkan adalah Fostar Haven di mana ia adalah berdsarkan lokasi misi pertama untuk misi awal permainan ini. Melalui kemaskini ini, pemain boleh memilih untuk bermain di lokasi ini untuk mod permainna Fleet Battles dan Dogfight.

Kemaskini seterusnya pula akan meneyrtakan beberapa komponen baharu untuk kapal angkasa pemain seperti senjata Prototype Peircing Torpedoes untuk Bombers dan Fighters bersama Anti-Material Rocket Turret untuk U-Wing dan TIE Reaper. Senjata Ion Rockets juga diumumkan untuk Fighters dan Interceptors yang mana ia akan membantu pemain untuk menyerang perisai kapal angkasa musuh.

Selain itu, Motive Studios juga mengumumkan dua Starfighters baharu akan dilancarkan melalui kemaskini Disember ini iaitu B-Wing dan TIE Defender di mana melalui kemaskini 4.0, pemain berupaya untuk menggunakan kedua-dua kapal angkasa ini mengikut pasukan New Republic ataupun Galactic Empire.

Selain itu, sokongan pertarungan kendiri juga akan tiba buat pemain melalui kemaskini Disember ini di mana pemain berupaya untuk memilih tetapan sendiri untuk bertempur dengan pemain lain secara atas-talian. Melalui bentuk ini, pemain juga boleh memilih pelbagai tetapan lain seperti pengubah-suaian peringkat perisai, barangan sokongan dan sebagainya mengikut tetapan pemain. Pemain juga kelak berupaya untuk mencari pertarungan kendiri melalui fungsi pencarian pelayar yang akan tiba secara bersama.

Star Wars: Squadrons telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC dengan sokongan rentas platform. Ia juga menyertakan mod realiti maya untuk PSVR dan juga PC.

Leave a Reply