Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana permainan Rainbow Six Siege akan menerima penaik-tarafan secara percuma untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series bermula 1 Disember 2020 ini.

Melaluinya, pemain yang memiliki permainan tersebut di konsol PlayStation 4 dan Xbox One secara digital ataupun fizikal, akan boleh terus muat-turun kemaskini naik-taraf melalui konsol generasi seterusnya secara terus.

Menurut Ubisoft, antara penaik-tarafan percuma yang akan disertakan adlaah sokongan resolusi 4K dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 120FPS di mana pemain boleh memilih sama ada untuk bermain dengan sokongan resolusi ataupun sokongan prestasi mengikut tetapan permainan ini.

Pada masa yang sama, dengan kuasa SSD, eprmainan ini juga akan dimuatkan dengan lebih pantas termasuklah sokongan kad aktiviti melalui konsol PlayStation 5. Bagi alat kawalan DualSense untuk PlayStation 5, Ubisoft juga mengesahkan beberapa sokongan tindak balas untuk picu penyesuai melalui permainan ini bersama sokongan getaran haptik.

Ubisoft juga mengesahkan segala kemajuan permainan ini juga boleh di bawa ke versi PlayStation 5 tanpa sebarang kos tambahan.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah pun dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC sebelum ini. Seperti yang kami nyatakan di atas, kemaskini penaik-tarafan untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series ia akan tiba pada 1 Disember ini.

Sohor Kini