Moff Gideon Akan Kerap Muncul Dalam Musim Ke-3 The Mandalorian

Moff Gideon adalah watak penjahat yang penting dalam siri TV sampingan Star Wars – The Mandalorian. Dalam musim pertama, Moff Gideon dilihat sedang memegang Dark Saber sebagai senjata. Ia menimbulkan persoalan, bagaimana beliau peroleh senjata tersebut. Musim kedua pula memperlihatkan kostum seakan Darth Vader.

Terkini dalam temuramah bersama Entertainment Weekly, Giancarlo Esposito menyatakan yang musim ketiga kelak beliau akan mempunyai lebih banyak penampilan berbanding musim kedua yang hanya kadangkala sahaja muncul. Disebabkan kostum dan senjata beliau, ramai menyangka yang beliau mungkin boleh jadi Darth Vader baru bagi mengetuai pasukan penjahat.

Jadi untuk musim pertama dan musim kedua, ia lebih kepada pengenalan watak dan pembangunan watak beliau sahaja. Kit6a mungkin akan ketahui lebih lanjut mengenai Moff Gideon dalam musim akan datang.

The Mandalorian sekarang berada di musim kedua dan sedang disiarkan di Disney+. Bagi pengguna di Malaysia, untuk menonton siri TV ini anda memerlukan langganan VPN Amerika Syarikat.

Sohor Kini