FIFA 21 untuk konsol generasi baharu akan dikeluarkan pada 4 Disember ini, sebelum ini EA sekadar berkongsi tangkapan skrin sahaja yang memperlihatkan rekaan wajah pemain yang lebih realistik.

Hari ini, mereka berkongsi lanjut mengenai segala pembaharuan yang akan disertakan;

  • EA Sports GameCam – Teknologi ini dikatakan mengambil inspirasi daripada penyiaran perlawanan bola sepak. Ia akan memberi perasaan yang lebih realistik, dan melalui penggunaan LiveLight Rendering, pencahayaan akan menjadi lebih baik.
  • Mereka juga akan menambah lebih banyak sorakan yang diambil daripada liga-liga utama seperti Premier League, La Liga dan Bundesliga.
  • Seperti diperlihatkan sebelum ini, rekaan pemain juga dipertingkatkan kualiti, bukan sekadar wajah tetapi juga untuk fizikal. Ditambah dengan pencahayaan yang lebih berkualiti, rupa dan jersi akan tampak lebih realistik.
  • Adegan sebelum perlawanan juga ditambah seperti ketibaan bas pasukan ke stadium, peminat memasuki stadium. Semasa perlawanan pemain, bench dan juga peminat juga akan memberi reaksi yang lebih pelbagai.
  • Pergerakan dan kawalan bola juga dipertingkatkan untuk memberi pengalaman yang lebih realistik. Ini termasuk juga pergerakan pemain semasa tidak mempunyai bola (contohnya memperbetulkan shin pad, dan menjerit untuk meminta bola)
  • Seperti mana permainan-permainan lain, kadar pemuatan juga akan menjadi lebih pantas.
  • Khusus untuk PS5, pemain boleh memilih untuk memasuki terus mana-mana mod daripada homescreen dan DualSense akan memberi perasaan berbeza untuk sepakan dan hantaran.

Pembaharuan ini adalah untuk PS5 dan Xbox Series sahaja, bagi PS4 dan Xbox One termasuk juga PC akan menggunakan versi sedia ada, walaupun jika anda memiliki PC yang mempunyai spesifikasi tinggi.

Melalui Dual Entitlement, pemilik FIFA 21 di PS4 dan Xbox One boleh menerima versi PS5 dan Xbox Series. Tawaran ini adalah sah sehingga FIFA 22 dikeluarkan. Bagi pemilik versi fizikal, tetapi membeli PS5 Digital Edition ataupun Xbox Series S, anda boleh hubungi EA untuk mendapat naik taraf ini.

Versi FIFA 21 untuk PS5 dan Xbox Series juga dijual berasingan dengan harga $69.99.

Sohor Kini