Skip to main content

Salah satu permainan kesukaan kami di Apple Arcade iaitu What The Golf? kini menerima kemaskini baharu secara percuma di mana bermula hari ini, anda boleh dapatkan 30 peringkat baharu bertemakan musim salji.

Bersempena dengan pengumuman itu, Triband juga berkongsi satu video khas yang mempamerkan D’Arcy Carden dan Sam Richardson yang memperlihatkan bentuk permainan What The Golf? yang mana kami pasti akan mencuit hati anda.

What the Golf? merupakan permainan golf akan tetapi anda akan memukul/membaling segala benda kecuali bola golf itu sendiri.

Pada masa yang sama, Apple juga berkongsi senarai permainan jenaka yang turut dilancarkan buat pelanggan Apple Arcade, di mana salah satu yang tersenarai di atas iaitu Butter Royale telah pun kami ulas di sini.

Leave a Reply