Skip to main content

Jika sebelum ini, CD Projekt Red berkongsi video Cyberpunk 2077 yang dimainkan di Xbox One X dan Xbox Series X, kini mereka berkongsi pula permainan tersebut dimainkan di PlayStation 4 Pro dan PlayStation 5. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Bagi versi PlayStation 5, ia dimainkan melalui fungsi keserasian belakang, versi khusus untuk konsol generasi baharu akan tiba melalui kemaskini yang akan diberikan secara percuma untuk semua pemain. Ia akan tiba pada tahun hadapan. Ia juga akan tiba untuk PlayStation 4 dan juga Xbox One S, yang sudah semestinya menjadi tanda tanya jika ia boleh dimainkan dengan baik.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 10 Disember ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply