Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Disember 2020 yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One dan dua permainan Xbox 360.
Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:
- The Raven Remastered – Boleh ditebus dari 1 hingga 31 Disember
- Bleed 2 – Boleh ditebus dari 16 November hingga 15 Januari
- Saints Row: Gat Out Of Hell – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Disember
- Stacking – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Disember
Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM248) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang mana turut akan menyertakan fungsi xCloud, iaitu penstriman permainan-permainan Xbox di peranti Android.
Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Disember ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan November, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.