Koei Tecmo semalam mengumumkan yang Hyrule Warriors: Age of Calamity telah diedarkan melebihi 3 juta unit sejak dilancarkan pada 20 November lepas. Tambah mereka lagi, ia adalah rekod untuk siri permainan “Musou” ataupun “Warriors”.

Kejayaan ini mungkin kerana ia membawa pemain 100 tahun sebelum kejadian di dalam The Legend of Zelda: Breath of the Wild, walaupun membawa genre yang berbeza akan tetapi tampaknya peminat permainan Zelda masih lagi menerima permainan ini dengan baik.

Hyrule Warriors: Age of Calamity sudah secara eksklusif untuk Nintendo Switch pada 20 November lepas, dan anda boleh mencubanya melalui demo percuma yang boleh didapati di eShop.

Sohor Kini