Seperti yang kami laporkan sebelum ini, acara Level UP KL 2020 Play Day akhirnya berlangsung secara rasmi di mana ia dijalankan secara digital sepenuhnya oleh MDEC atas sebab pandemik yang berlaku sekarang ini.

Dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan sepanjang minggu ini, anda juga boleh melawat pelbagai reruai khas yang terdiri daripada pelbagai penerbit dan pengeluar permainan video termasuklah syarikat-syarikat lain seperti Acer, Banpresto dan sebagainya.

Untuk menyertai dan melawat reruai tersebut, anda boleh memuat-turun aplikasi khas LEVEL UP KL 2020 Play Day melalui iOS ataupun Android secara percuma dan menghasilkan akaun anda sendiri untuk menerima pelbagai ganjaran dan semestinya, melawat pelbagai reruai menarik seperti permainan Indie dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan aplikasi tersebut secara percuma melalui laman rasmi Level Up KL.

Pada masa yang sama, MDEC juga mengumumkan yang mana sesi anugerah SEA Game Awards yang akan ditayangkan pada 27 November 2020 pada jam 8 malam ini akan diadakan dengan kerjasama bersama TikTok dan eGG Network (Saluran 800 Astro) di mana mereka akan memperlihatkan anugerah khas permainan-permainan menarik untuk tahun ini.

Acara anugerah tersebut akan memperlihatkan 10 kategori yang terdiri daripada pelbagai permainan dengan lebih dari 100 peneyrtaan diterima termasuklah daripada Malaysia yang terdiri daripada 45 permainan.

Anda juga boleh mengundi permainan pilihan anda melalui untuk anugerah pilihan peminat melalui laman rasmi Level Up KL.

Selain itu, anda juga dijemput untuk menyertai pelbagai acara-acara lain yang diadakan sepanjang minggu ini seperti cabutan bertuah, acara Cosplay, kejohanan eSukan dan sebagainya yang akan berlangsung sehingga 29 November ini.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh mula melawat ekspo digital ini secara percuma melalui peranti iOS ataupun Android dan berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran menarik dan melihat pelbagai persembahan menarik daripada pelbagai jenis syarikat pembangun permainan dan juga pengeluar permainan.

Sohor Kini