Lanjutan daripada pengumuman oleh Garena beberapa minggu lepas, dengan tamatnya pusingan-pusingan sebelum ini, Garena akhirnya mengumumkan pasukan-pasukan yang akan ke pusingan akhir termasuklah bagi peringkat Asia yang akan ditayangkan pada 29 November ini.

Berikut adalah senai penuh untuk pasukan yang akan ke pusingan akhir bagi peringkat Asia yang mana pasukan Geek Fam merupakan satu-satunya pasukan yang mewakili Malaysia:

  • Geek Fam (Malaysia)
  • TEAM KNIGHTS (Chinese Taipei)
  • Total Gaming Esports (India)
  • EVOS Esports (Indonesia)
  • EV THAILAND (Thailand)
  • House of Blood (Pakistan)
  • Heavy (Vietnam)
  • King of Gamers Club (Thailand)
  • EXP Esports (Thailand)
  • Burst the Sky (Vietnam)
  • RRQ Hades (Indonesia)
  • V-Gaming (Vietnam)

Pada masa yang sama, Garena juga menyenaraikan pasukan-pasukan untuk kejohanan bagi siri Amerika dan EMEA yang mana turut akan dipertandingkan pada 29 November ini.

Selain itu, ketika acara anugerah The Esports Awards 2020 yang berlangsung semalam, permua Free Fire juga dinobatkan sebagai permainan esukan mudah-alih terbaik untuk tahun ini. Menurut Harold Tea iaitu penerbit permainan Free Fire, mereka berasa sangat berbangga dan rendah diri atas kejayaan permainan tersebut dan berterima kasih terhadap peminat, pemain dan seluruh komuniti atas kejayaan tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke Facebook rasmi Free Fire untuk mengetahui informasi lanjut dan memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda pada hari kejohanan tersebut berlangsung iaitu pada 29 November 2020 ini.

Sohor Kini