Skip to main content

Beberapa bulan yang lalu, kami ada melaporkan bahawa sebuah katrij permainan Super Mario Bros telah menjadi katrij permainan paling malah di dunia apabila ia dilelong pada harga $114,000 (~RM485,000).

Pada minggu lepas, Heritage Auctions sekali lagi telah memecah rekod dunia untuk harga sebuah katrij permainan yang paling mahal di dunia, apabila sebuah katrij permainan Super Mario Bros 3 dilelong pada nilai $156,000 (~RM637,500) pada minggu lalu.

Satu sebab utama mengapa katrij ini mencapai nilaian yang sangat tinggi ialah kerana rekaan tajuk Super Mario Bros 3 yang mana teks perkataan Bros menutupi sedikit bahagian tangan Mario.

Rekaan tersebut ialah ralat yang menyebabkan katrij permainan ini menjadi lebih sukar ditemui kerana ia diperbaiki selepas salinan pertama. Dalam pada itu, ia juga menerima penilaian 9.2 Grade A+ daripada Wata Games, yang menilai kualiti sesebuah katrij tersebut.

Heritage Auctions mengatakan sekitar 20 pembida telah cuba untuk mendapatkan permainan tersebut, dimana lelongannya dimulakan pada tanda harga $62,500.

Leave a Reply