Riot Games minggu ini mengumumkan kejohanan amal League Of Legends: Wild Rift Pentaboom Showdown akan berlangsung pada 12 dan 13 Disember 2020 ini.
Dengan kerjasama IO Esports, kejohanan ini akan meletakkan 8 pasukan daripada pempengaruh terkenal dari negara Kemboja, Indonesia, Filipina, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam dan semestinya Malaysia yang terdiri daripada Fredo Sameon, Harris Annuar, Ismail Izzani, Soloz dan XK penjahat.
Bersempena dengan kejohanan ini, Riot Games umum sebanyak $60,000(~RM245,000) akan didermakan kepada badan-badan kebajikan seperti Room To Read, Openminds Project, Beyond Social Services, Passerelles Numeriques dan Wing Melaka. Pada masa yang sama, pasukan yang menyertakan juga akan berpeluang untuk menerima wang hadiah terkumpul sebanyak $65,500 dan pelbagai hadiah lain yang ditaja oleh Razer dan SecretLabs.
Menurut Justin Hulog, bersempena dengan permainan League Of Legends: Wild Rift yang tersedia secara beta terbuka untuk semua pemain di Asia Tenggara, semestinya kejohanan amal ini adalah sesuatu yang mereka ingin lakukan untuk menamatkan tahun ini dan memberi kembali kepada pemain dan peminat.
Bagi anda yang berminat untuk menontonnya, kejohanan tersebut akan ditayangkan di Facebook, Youtube dan Twitch rasmi Riot Games kelak dengan sokongan pelbagai bahasa termasuk Malaysia dan Inggeris.
League of Legends: Wild Rift boleh dimuat-turun secara percuma di Play Store dan App Store melalui akses beta terbuka.