Bekas Pembangun Veteran Ubisoft Dan Bioware Tubuh Studio Indie

Thomas Giroux, Jeff Skalski, Mike Laidlaw dan Frédéric St-Laurent B iaitu pembangun permainan video veteran yang pernah terlibat dengan studio-studio besar seperti Ubisoft, Bioware, EA dan juga Activision Blizzard mengumumkan yang mereka tubuh studio Yellow Brick Games.

Studio tersebut akan diselia oleh Giroux sebagai Ketua Pengawai Eksekutif, Skalski sebagai Ketua Pengawai Operasi, manakala Laidlaw akan menjadi Ketua Pengawai Kreatif dan St-Laurent akan menjadi penerbit permainan. Buat masa ini mereka tidak mengumumkan sebarang projek lagi.

Buat masa ini mereka mempunyai 13 pembangun dan masih lagi membuka pelbagai jawatan kosong. Studio mereka akan bertempat di Quebec, Kanada.

Namun, mereka mengatakan yang ingin memfokuskan kepada cara asas pembangunan video, di mana mementingkan kepada perkara kreatif dan menghasilkan permainan yang mereka inginkan tanpa bergantung kepada mana-mana struktur.

Sohor Kini