Moonton telah mengumumkan mod baharu untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang mereka iaitu Arena. Di dalam mod ini, pemain akan bertempur 1 lawan 1 menggunakan dek kad yang dicipta oleh pemain sendiri berdasarkan watak-watak Mobile Legends. Setiap sesi permainan adalah selama 3 minit sahaja.
Berdasarkan video yang diperlihatkan di atas, ia mempunyai bentuk permainan seakan Clash Royale, di mana setiap kad yang digunakan akan menjadi sesuatu hero dan akan mempunyai gaya serangan tersendiri. Sasaran pemain adalah untuk menghancurkan Inhibitor pihak lawan.
Mereka juga mengumumkan yang mod ini akan tiba pada 27 November ini akan tetapi untuk masa terhad sahaja.