September lepas, Nintendo dan Imagineer mengumumkan permainan Fitness Boxing 2: Rhythm & Exercise akan dilancarkan pada 3 Disember 2020 ini khas di konsol Switch.

Kini, bersempena dengan pelancarannya yang semakin hampir, Nintendo mengumumkan demo khas permainan tersebut kini boleh dimuat-turun secara percuma melalui Nintendo eShop.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Fitness Boxing 2: Rhythm & Exercise merupakan permainan senaman yang memfokuskan pemain untuk bersenam dengan menggunakan alat kawalan JoyCon.

Dengan pelbagai cabaran tersedia dari mudah sehinggalah tahap yang sukar, permainan ini juga menyertakan 9 watak pengajar yang pemain boleh pilih disamping mengubah pakaian mereka. Nintendo juga mengesahkan pemain yang memiliki permainan pertama juga boleh pindah segala kemajuan ke permainan kedua ini dan teruskan bersenam melalui permainan ini.

Jadi bagi anda yang berminat untuk bersenam dan bermain permainan video, anda boleh dapatkan permainan Fitness Boxing 2: Rhythm & Exercise menjelang Disember ini di Nintendo eShop dengan harga $49.99(~RM207). Anda juga boleh muat-turun Demonya dahulu untuk mencuba beberapa bahagian awal permainan tersebut.

Sohor Kini