Mojang Studios hari ini mengumumkan yang DLC ketiga untuk Minecraft Dungeons iaitu Howling Peaks akan dikeluarkan pada 9 Disember ini. Seperti DLC-DLC sebelum ini, ia akan menyertakan peringkat, perisai, senjata dan artifak baharu.

Selain itu, mereka juga mengumumkan pada tarikh yang sama pas semusim untuk Minecraft Dungeons akan mula ditawarkan. Melaluinya pemain akan mendapat keempat-empat DLC yang akan tiba untuk Minecraft Dungeons. Ia akan ditawarkan dengan harga lebih murah berbanding pembelian berasingan.

Minecraft Dungeons sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 , Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Minecraft Dungeons – Permainan Serba Ringkas.

Sohor Kini