Among Us Dilaporkan Mempunyai 250 Juta Pemain Aktif Pada Bulan Oktober

App Annie minggu ini telah melaporkan yang Among Us versi permainan mudah alih mempunyai 250 juta pemain aktif pada bulan Oktober. Ia adalah untuk versi iOS, Android dan juga pemain di China. Sensor Tower sebelum ini telah menganggarkan yang ia telah dimuat turun sebanyak 120 juta kali setakat September lepas.

Jumlah ini tidak termasuk pemain di PC, di mana berdasarkan data dari Steam, Among Us mencatat secara purata lebih 170 ribu pemain secara serentak dan mencapai jumlah tertinggi seramai 370 ribu pemain. Ia juga terus kekal menjadi antara permainan terlaris di Steam sejak beberapa bulan yang lepas.

Walaupun dikeluarkan pada tahun 2018 lagi, Among Us mula menerima sambutan pada tahun ini, di mana kebanyakan pemain pertama kali mencuba permainan ini sejak Ogos lepas.

Among Us sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android di mana versi permainan mudah alih ditawarkan secara percuma.

Sohor Kini