Square Enix hari ini mengumumkan Tomb Raider Reloaded akan dikeluarkan untuk peranti pintar iOS dan Android sekitar tahun 2021. Permainan ini akan dibangunkan oleh Emerald City Games dan Square Enix London.

Buat masa ini, informasi lanjut mengenainya masih tidak dikongsi, tetapi apa yang sudah disahkan adalah ia akan menjadi permainan percuma untuk dimuat turun. Strategi yang diambil oleh Square Enix selepas kegagalan siri Go sebelum ini, termasuk juga Lara Craft Go.

Pengumuman ini mungkin sedikit mengecewakan bagi pemain yang ternanti-nanti permainan seterusnya untuk siri Tomb Raider selepas permainan terakhir dikeluarkan pada 2 tahun lepas. Tambahan, tahun depan, siri ini akan menyambut ulang tahun yang ke-25.

Sohor Kini