The Queen’s Gambit adalah siri TV asli terhad di Netflix. Ia mengisahkan seorang wanita yang handal bermain catur. Siri TV ini menceritakan perjalanan hidup beliau dari mula bermain catur sehingga menewaskan juara dunia.

Terkini menurut Netflix, siri TV ini telah ditonton oleh 62 juta isi rumah dalam masa 28 hari. Secara tidak langsung menjadikan siri TV terhad Netflix terbesar atau paling popular setakat ini. The Queen’s Gambit tersenarai dalam Top 10 di dalam 92 negara dan berada di tempat pertama dalam 63 negara.

Siri TV ini diadaptasi dari novel yang terlaris The New York Times selama 37 tahun.

Sohor Kini