DeNA Hong Kong telah membuka sesi pra-daftar untuk permainan mudah alih Slam Dunk, iaitu permainan yang berdasarkan siri manga dan anime berjudul sama. Ia adalah permainan arked bola kerajang dan pemain boleh mengumpul pelbagai watak daripada siri tersebut.

Ia akan menyertakan mod penceritaan yang akan membawa penceritaan daripada siri anime/manga. Pemain juga boleh bermain menggunakan pelbagai mod berbeza iaitu 1v1 (solo), 2v2 (duos), 3v3 (separuh gelanggang), 3v3 (galengan penuh) dan 5v5.

Slam Dunk adalah permainan percuma untuk dimuat turun dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Ia juga menyertakan sistem gacha untuk pemain mendapatkan watak-watak lain. Jika ingin pra-daftar anda boleh gunakan pautan berikut; App Store dan Play Store.

Sohor Kini