The Coalition dan Xbox Game Studios akhirnya melancarkan pek The New Day untuk Gears 5 yang menyertakan tiga watak berdasarkan kumpulan The New Day dari WWE iaitu Xavier Woods, Kofi Kingston dan Big E seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ia ditawarkan dengan harga $19.99 ataupun percuma untuk pelanggan Xbox Game Pass Ultimate. Di dalam pek ini ia menyertakan tiga watak, barangan kosmetik seperti kostum watak dan senjata. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Pek ini memerlukan permainan Gears 5 dan boleh digunakan untuk mod multi-pemain. Gears 5 sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini