CyGames dan Arc System Works telah mengumumkan yang permainan perlawanan mereka iaitu Granblue Fantasy: Versus telah terjual sebanyak 450 ribu unit sejak dilancarkan pada Februari lepas. Jumlah tersebut memperlihatkan 100 ribu unit berbanding pengumuman pada April lepas.
Permainan ini kini telah berada di musim kedua, di mana 6 lagi watak baharu akan disertakan. Tiga sudah diumumkan iaitu Belial, Cagliostro dan yang baru diumumkan iaitu Yuel yang akan tiba pada Disember ini. Tiga lagi watak akan tiba pada tahun hadapan.
Granblue Fantasy: Versus sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, dan PC.