Epic Games hari ini mengumumkan acara yang akan menjadi penamat untuk musim ke-4 iaitu Nexus War. Ia akan berlangsung pada 5 pagi, 2 Disember. Tidak banyak maklumat yang dikongsi tetapi mereka mengatakan Galactus akan tiba ke pulau Fortnite.

Sebagai persediaan untuk acara ini, Epic Games mencadangkan untuk pemain mengemaskini Fortnite ke versi yang terbaru, memasuki sesi permainan sekurang-kurangnya sejam sebelum acara tersebut bermula dan menggunakan houseparty jika ingin melakukan panggilan video bersama rakan.

Geoff Keighley iaitu penerbit The Game Awards mungkin telah mengacah mengenai acara tersebut, di mana pemain bersama dengan jutaan pemain lain akan bertempur dengan Galactus. Ia mungkin berfunsi seperti mod ‘raid’.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini